Hari ni masak yang paling ringkas.....ringkas ker.....malas?? Jangan salah label pulak yer. Yang ni lauk ringkas.....kalau lauk malas.....tuu lauk yang tunjuk-tunjuk tuu.....haa, yang tu baru boleh kata malas.....ekekekek..
Walaupun ringkas tapi sedap tauu.....terutamanya pada penggemar sardin. Saya rasa pasti semua menyukainya. Sekarang ni sardin bukan lagi lauk murahan. Walaupun banyak jenama sardin di pasaran.....ayam brand juga jadi pilihan saya sekeluarga walau harganya sedikit mahal. Di rumah ni, jika masak sardin kenalah masak nasi lebih-lebih sikit.....sebab lauk ni feberet anak-anak.....pasti makan pun bertambah-tambah.....kalau tak nanti tengah sedap-sedap makan tak sedar nasi dah kehabisan.....hehehe.....Apa-apa pun jom layan resepi.....
SARDIN TUMIS TOM YAM
sharing by : Iza Akma@SSK
Bahan-Bahan :
2 tin kecil sardin ( asingkan ikan dan sos )
Bahan Hiris :
lobak merah, dihiris serong
1 biji tomato, dibelah 6
putik jagung (jika suka)
1 batang (besar) serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar penuh pes tom yam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
cili padi (jika suka pedas)
air secukupnya untuk kuah
minyak masak untuk menumis
sedikit gula
Bahan Hiris :
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1 biji cili merah
1 biji cili hjau
Caranya :
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris bersama serai hingga wangi.
- Masukkan pula serbuk cili, pes tom yam dan daun limau. Jika perlu tambahkan sedikit air. Tumis hingga sedikit garing. Lalu masukkan sos sardin, serbuk lada hitam, lobak merah dan air secukupnya. Kacau hingga lobak lembut.
- Masukkan ikan sardin, sos ikan bersama sedikit gula. Masak hingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili padi jika suka. Kecilkan api dan masak dalam seminit dua. Boleh lah diangkat.