السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Esok umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini bukan sekadar untuk mengingati keputeraan baginda semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting ialah mengingatkan kembali umat Islam kepada ajaran Rasulullah dan perjuangannya. Pada masa sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Sebelum terlupa, di kesempatan ini SSK mengucapkan 'SALAM MAULIDUR RASUL' buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia, khususnya kepada para pengunjung yang sudi meluangkan masa emas mereka mengunjungi dapur maya ini. Sama-samalah kita menghayati sambutan kali ini yang jatuh pada Khamis tanggal 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434.
Okay, hari ni nak kongsi resepi kuih....Kuih Talam Jagung nama diberi. Tuan dapur ni memang suka sangat makanan yang berasas jagung....jagung rebus, bubur jagung, kuih jagung, puding jagung. Apa lagi ekk? Ermmm....haa, urap jagung. Urap jagung ialah jagung rebus yang digaul bersama kelapa parut muda dan gula. Teringat dulu-dulu bonda selalu buat urap nih....kalau takde jagung, biskut....dua dua sama sedap....walau ringkas tapi kami adik-beradik berebut-rebut makan....haaiihhh nostalgia betul. Tapi anak-anak muda remaja sekarang mana lah reti nak makan benda-benda macam nih lagi....cuma remaja purba macam kita ni haaa yang reti ngadap makannya kan kan....hehheh.
Kuih talam ni ada lain sikit....tak macam talam biasa tu. Idea ni datang daripada kelas-kelas talam yang pernah iza ikuti. Maklum lah kelas-kelas kuih talam sekarang ni menawarkan pelbagai rupa dan rasa....silap haribulan boleh tangkap cintan dengan paras talam yang cantik menawan enak dipandang. Itu baru bab rupa belum lagi bab rasa....boleh berpusing biji mata....rupa dan rasa dua-dua sama hebat belaka.
Untuk lapisan jagung talam ni, iza olah daripada Talam Kastad Jagung Yatie manakala lapisan atasnya tak lain tak bukan dari dalam khazanah peti besi sendiri laa. Bila idea di sini dengan idea di sinun di gabungkan maka terhasillah rupa talam seperti ni yang mana lapisan atasnya dibuat ala ala kuih lapis. Memang sedap talam ni....lembut dan lemak lemak berkrim.
KUIH TALAM JAGUNG
by Iza Akma SSK
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastad
85 gm gula pasir
1/2 cawan jagung manis cream styles
100 gm santan pekat kotak
250 gm air
pewarna kuning
garam
Satukan semua jenis tepung, garam dan gula. Ketepikan.
Satukan santan pekat dengan air, sebatikan.
Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung. Gaul sebati dengan hand-whisk hingga adunan tidak bergentel. Selalunya jika dikacau dengan whisk, adunan akan jadi licin, tidak bergentel dan tak perlu ditapis.
Masuk dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga naik wap.
Masuk jagung krim, kacau lagi hingga sebati dan rata.
Alas loyang 6 inci persegi dengan plastik tahan panas dan sapukan sedikit minyak. Jika nak kuih yang sedikit rendah guna loyang 7 inci.
Tuang adunan dalam loyang. Kukus dalam pengukus yang telah mendidih selama 20 minit.
by Iza Akma SSK
Bahan Lapisan Jagung :
75 gm tepung beras25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastad
85 gm gula pasir
1/2 cawan jagung manis cream styles
100 gm santan pekat kotak
250 gm air
pewarna kuning
garam
Satukan semua jenis tepung, garam dan gula. Ketepikan.
Satukan santan pekat dengan air, sebatikan.
Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung. Gaul sebati dengan hand-whisk hingga adunan tidak bergentel. Selalunya jika dikacau dengan whisk, adunan akan jadi licin, tidak bergentel dan tak perlu ditapis.
Masuk dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga naik wap.
Masuk jagung krim, kacau lagi hingga sebati dan rata.
Alas loyang 6 inci persegi dengan plastik tahan panas dan sapukan sedikit minyak. Jika nak kuih yang sedikit rendah guna loyang 7 inci.
Tuang adunan dalam loyang. Kukus dalam pengukus yang telah mendidih selama 20 minit.
Bahan Lapisan Atas :
75 gm tepung beras25 gm tepung gandum
10 gm tepung tepung ubi
100 gm santan kotak
300 gm air
125 gm gula
1/4 tsp garam
Satukan santan, air, gula dan garam dalam periuk. Masak hingga gula hancur saja tak perlu sampai mendidih. Sejukkan seketika.
Sementara itu, campurkan semua tepung dalam bekas lain. Masukkan sirap tadi dan kacau juga dengan whisk hingga dapat satu adunan yang licin.
Bahagikan pada dua bahagian, plain dan hijau dengan perisa pandan. Lapisan warna bergantung warna-warna yang disukai. Perisa terpulang samada nak bubuh atau tidak.
Setelah lapisan jagung tadi masak, cakar-cakar lapisan tersebut. Tuang selapis adunan lapisan atas dan kukus 5 minit dengan api besar. Lakukan sehingga semua lapisan warna habis digunakan seperti membuat kuih lapis. Untuk lapisan terakhir kukuskan 10 minit.