.... السلام عليكم
Dah jadi kebiasaan, baik raya puasa mahupun raya haji....biskut tetap kena ada selain juadah-juadah yang lain. Tapi untuk raya haji selalunya cuma buat biskut yang simple-simple jer....yang penting sedap dan menjadi kegemaran seisi rumah.
Untuk biskut iza lebih suka guna marjerin planta berbanding marjerin jenama lain. Ini kerana dengan planta akan buatkan kuih, biskut dan kek tu harum semerbak dengan rasanya yang sedap dan lebih lemak berkrim. Teringat nostalgia zaman kecil-kecil dulu, samada musim raya atau tidak stok planta wajib sentiasa ada. Setiap bulan bila bonda menyenaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli....marjerin planta pasti tak ketinggalan. Kalau nak raya pulak jangan cakaplah, bonda siap beli marjerin planta tin hak paling besar sekali tu untuk buat biskut dengan kek. Usahkan kek biskut....apa saja kuih yang menggunakan marjerin pasti bonda akan gunakan planta....even sapu atas roti pun guna planta.
Itu cerita dulu....cerita hari ni lain pula. Dek tertarik dengan iklan dan promosi yang masing-masing duk canang produk mereka....pernah jugaklah iza curang sekali dua....cuba-cuba tukar jenama....tapi akhirnya balik semula guna asal. Bukan nak kata jenama lain tak bagus tapi sebabnya lidah ni yang sebati sangat dah dengan rasa planta. Walaupun harganya sikit mahal berbanding jenama lain namun ia tetap menjadi pilihan kami sekeluarga....punyalah setianya kami dengan planta hinggalah ke hari ni....jangan mare jenama lain-lain tu yer.
Begitulah istimewanya planta pada kami. Jika sebelum ni tradisi menggunakan planta iza warisi daripada bonda tapi tradisi kesetiaan tu kini turun pula pada anak-anak. Ehhh....banyak pulak celotehnya....jomlah iza nak cerita sikit pasal biskut ni lak.
Biskut ni merupakan resepi Datuk Redzuawan Bin Ismail atau lebih dikenali seantero dunia dengan panggilan Chef Wan. Resepi iza tukil daripada buku masakan beliau " Juadah Manisan Istimewa" yang menghimpunkan lebih daripada 200 resepi dessert dan pastri. Koleksi resepi yang terkandung dalam buku tersebut sesuai sekali dihidangkan sebagai sarapan, minum petang bersama keluarga, rakan-rakan atau untuk memeriahkan sesuatu majlis istimewa.
Kesedapan biskut ni memang dah dijangka kerana resepi-resepi chef Wan selalunya tidak mengecewakan. Warna biskut choc chips ni akan jadi kehitaman setelah masak walau hanya menggunakan serbuk koko biasa....so tak perlulah nak gatai-gatai tangan duk tambah coklat emulco ya....rasa coklatnya semua dah cukup di situ. Ditambah lagi dengan kerangupannya membuatkan biskut ni sungguh enak untuk dinikmati oleh sesiapa saja, di mana jua. Dengan sekelip mata gerenti akan boleh habis sebalang. Tak caya....cubalah....
Resepi BISKUT COKLAT CHIPS
:: by Chef Wan Ismail
source : Iza Akma SSK
Dengan mesin pengadun putar mentega pada kelajuan tinggi. Campur esen vanila dan kedua-dua jenis gula dan pukul sehingga gebu. Masukkan telur. Kurangkan kelajuan ke paras rendah, masukkan koko sambil dipukul diikuti dengan susu.
Di dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dengan baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Campurkan kekacang, kurma dan coklat chip, kacau rata-rata. Masukkan ke dalam adunan mentega dan adun rata-rata.
Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh. Atur di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit atau ikut suhu oven masing-masing. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.
:: by Chef Wan Ismail
source : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
- 1 cawan mentega tanpa garam
- 1 cawan gula kastor > iza sukat 3/4 cwn jer
- 1/2 cawan mampat gula perang gelap > iza sukat biasa jer...tak mampatkan pun
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/3 cawan serbuk koko
- 2 sudu besar susu segar
- 1 3/4 cawan tepung gandum > iza guna cookies flour
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan kacang pecan atau walnut ~ dicincang > guna whole almond...tu jer stok yg ada...bakar & cincang kasar
- 70 gm buah kurma ~ dicincang
- 1 cawan coklat chip separuh manis > guna dark coklat chip
Caranya :
Dengan mesin pengadun putar mentega pada kelajuan tinggi. Campur esen vanila dan kedua-dua jenis gula dan pukul sehingga gebu. Masukkan telur. Kurangkan kelajuan ke paras rendah, masukkan koko sambil dipukul diikuti dengan susu.
Di dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dengan baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Campurkan kekacang, kurma dan coklat chip, kacau rata-rata. Masukkan ke dalam adunan mentega dan adun rata-rata.
Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh. Atur di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit atau ikut suhu oven masing-masing. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.
choc chips cookies sedang berposing.... dengan warna kehitamannya yang menawan kalbu.... |